Sememangnya satu fobia kepada semua riders yang penah menyertai jamboree Kulim sebelum ini. Ini termasuklah dari kalangan Riders Uratketing MTB. Kami sebenarnya senasib dan sama2 melalui keperitan berkayuh di Kulim.
Tetapi, kali ini semua akan berubah, dan menjadi titik tolak kepada dimensi baru. Pihak kami telah diamanahkan oleh Pihak Berkuasa Kulim Hi-Tech, untuk terlibat menjayakan satu program sempena tahun melawat Kedah 2015. Pihak kami dijemput sebagai penasihat teknikal kepada penganjuran Let's Ride Jamboree. Sehubungan itu, kami akan pastikan dengan izin Allah, supaya apa yang buruk telah kita lalui sebagai riders tidak akan berulang.
Trek yang direkabentuk kali ini, sememangnya berbeza dari tahun-tahun sebelum, mungkin kalau ada persamaan laluan-luan pintasan yang menghala kepada laluan-laluan utama jamboree ini.
Oleh itu, kami memahami jiwa riders, kerana kami juga berjiwa sama seperti tuan2. Sama2 kita menceriakan kembali keriangan berkayuh.
SUKAR MEMADAM MEMORI PAHIT, TETAPI MEMORI MANIS PASTI AKAN KITA TEMUI.
HARI SEMALAM MERUPAKAN DUGAAN, HARI MENDATANG MAMPU MENGUKIR SENYUMAN.
JOM SAMA2...KITA MERAMAIKAN LET'S RIDE JAMBOREE.
KITA BUKTIKAN HALANGAN MINDA BUKAN PENGHALANG UNTUK KAYUHAN...
Let's Ride Jamboree |
Perancangan, komitmen dan ketelitian |
Bukan halangan....janji yang terbaik untuk semua |
ketelitian, kesungguhan tonggak kejayaan |
pakar GPS |
Just Do It |
Tanpa penat dan jemu......janji terbaik untuk semua |
Hanya pengayuh gerek memahami jiwa trek.. |
Jom tuan2.....kita sama-sama memeriahkan.....