Tuesday, 20 January 2015

LET'S RIDE JAMBOREE



Hari kemuncak hampir tiba, hanya beberapa hari saja lagi....untuk dibentangkan suatu perancangan yang hampir sekian lama. Mohon kehadiratMu..Ya Allah, supaya mengizinkan perjalanan yang memberikan suatu hikmah disebalik perjumpaan.

Let's Ride Jamboree,...dimensi baru untuk semua. Pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran semua rider dari seruh pelusuk tempat. Terlebih dahulu kami menyusun ribuan kemaafan atas segala kekurangan. Kami berusaha sehingga keringat yang terakhir untuk memberikan sesuatu yang terbaik. Pertama kali menganjurkan [rogram ini, kami pasti akan ada banyak kelemahan dan cacat cela, semga dengan izin NYa, kami berdoa semoga segal-galanya berjalan lancar dan selamat. Selepas ini, segala baik dan buruk, dengan lapang hati kami menerima segala cadangan dan buah fikiran dari semua untuk kearah penambahbaikan di masa hadapan.

Tidak lupa kepada semua sahabat riders, jemput datang dan bawalah keluarga bersama untu cuti-cuti hujung minggu.
Marshal Motorcross mengadakan pemeriksaan track

Berbicara untuk meredakan STRESS

Kerjasama semua suatu anugerah

Mengenalpasti kawasan untuk penempatan logistik

Bersedia untuk membantu

Ready to GO

Peneranagan untuk kepastian

Semangat setiakawan...Terima kasih Bro Wan

Ngak bisa dilupakan........

Testing system perhubungan

Mesyuarat akhir kalam.....Terima Tuan Setiausaha dan PBT Kulim Hitech......pendokong yang ampuh

Lawatan tapak oleh Pihak berkaitan, Polis, Rela, dan Astra

Sahabat kuat ...ASTRA..dan Superbike Leader
  Menanti hari yang penuh debaran......Terima Kasih semua atas kerjasama dan semangat persahabatan.
Untuk Sahabat Bro. Adhirahman.....Bro Zamzuri..(Roda Pantas)/.....sampai, bagtau ...kita pekena seteguk kopi Janda....Haaa,...mai nanti....kita jumpa....

Selamat Datang Riders ..dan Sahabat semua...

JUMPA di LET'S RIDE JAMBOREE

Friday, 9 January 2015

Let's Ride Jamboree Kulim Hi-Tech Park

Menunggu Masa...untuk sinar baru, Let's Ride Jamboree

Perancangan, yang teliti untuk cabaran yang cukup besar. Let's Ride Jamboree satu cabaran kepada group kami dalam usaha memartabatkan dunia mountainbike yang penuh dengan warna-warni kemasyarakatan.  Asam garam penganjuran, ada masam, pahit, masin dan manis yang mewarnai usaha dan kesungguhan semua pihak. Sekalung Tahniah dan pujian kepada pihak terlibat yang berusaha tanpa mengenal penat dan wang ringgit untuk satu matlamat iaitu mendapat rahmat disebalik penganjuran ini. Pengalaman ini memberikan segunung ilmu yang sukar untuk diterokai walaupun hebat dipersada masing-masing jika tidak diizinkanNya.

Sehubungan itu, Semoga Let's Ride Jamboree Kulim Hitech Park memberikan kejayaan yang membanggakan. Kepada sahabat2 pengayuh, sebarang kecacatan mohon mendapat idea ke arah pembangunan yang lebih baik.

Bertugas dengan penuh komitmen

Yang ni jangan sampai terlupa no...

Proud to serve ......

Keperluan hakiki....haaaa




Thursday, 4 December 2014

Pencarian trek untuk Let's Ride Jamboree, Kulim Hitech

Sememangnya satu fobia kepada semua riders yang penah menyertai jamboree Kulim sebelum ini. Ini termasuklah dari kalangan Riders Uratketing MTB. Kami sebenarnya senasib dan sama2 melalui keperitan berkayuh di Kulim.

Tetapi, kali ini semua akan berubah, dan menjadi titik tolak kepada dimensi baru. Pihak kami telah diamanahkan oleh Pihak Berkuasa Kulim Hi-Tech, untuk terlibat menjayakan satu program sempena tahun melawat Kedah 2015.  Pihak kami dijemput sebagai penasihat teknikal kepada penganjuran Let's Ride Jamboree. Sehubungan itu, kami akan pastikan dengan izin Allah, supaya apa yang buruk telah kita lalui sebagai riders tidak akan berulang.

Trek yang direkabentuk kali ini, sememangnya berbeza dari tahun-tahun sebelum, mungkin kalau ada persamaan laluan-luan pintasan yang menghala kepada laluan-laluan utama jamboree ini.

Oleh itu, kami memahami jiwa riders, kerana kami juga berjiwa sama seperti tuan2. Sama2 kita menceriakan kembali keriangan berkayuh.

SUKAR MEMADAM MEMORI PAHIT, TETAPI MEMORI MANIS PASTI AKAN KITA TEMUI.
HARI SEMALAM MERUPAKAN DUGAAN, HARI MENDATANG MAMPU MENGUKIR SENYUMAN.
JOM SAMA2...KITA MERAMAIKAN LET'S RIDE JAMBOREE.
KITA BUKTIKAN HALANGAN MINDA BUKAN PENGHALANG UNTUK KAYUHAN... 
 
 
 
Let's Ride Jamboree
Perancangan, komitmen dan ketelitian

Bukan halangan....janji yang terbaik untuk semua
ketelitian, kesungguhan tonggak kejayaan



pakar GPS
Just Do It


Tanpa penat dan jemu......janji terbaik untuk semua
Hanya pengayuh gerek memahami jiwa trek..


Jom tuan2.....kita sama-sama memeriahkan..... 

Saturday, 18 October 2014

LET'S JAMBOREEE......SESUATU YANG BARU DARI YANG LAMA...

LET'S JAMBOREE

SESUATU YANG BERBEZA DARI PENGANJUR....

PENGANJUR UTAMA: PIHAK BERKUASA TEMPATAN, KULIM HI-TECH PARK
DENGAN KERJASAMA KELAB URATKETING MTB.

MENJANJIKAN SUATU PULANGAN YANG MENARIK.....


PENDAFATARAN: PERSEORANGAN RM70
                                   BERKUMPULAN (MIN. 10 ORANG) RM65

JOM SAHABAT2....KITA SAMA2 MERAMAIKAN PROGRAM INI

PENDAFTARAN ONLINE TELAH DIBUKA :
RUJUK : www.jamboreekulimhitech.com

jommmm......

Monday, 2 September 2013

Biar gambar berbicara.......

Kayuhan bukit katil
Junjung-Air putih-Relau

untuk tatapan PAK TAM....Haaaaaaa