Tuesday 1 December 2009

Kenduri Aidiladha

Monday 30 Nov.2009

Majlis Tahlil Pon (tokey Warung pot uratketing)




Pakar pemakanan dan kesihatan uratketing (Bro Rizal Susanto) sedang mencuba resipi kenduri diiring Cikgu Lan Masseur

Bulan yang memberikan keinsafan kepada umat islam, bertapa tingginya pengorbanan Nabi Ibrahim sehingga sanggup menyembelih anaknya yang dicintai demi ketaatan dan keredhaan Allah. Sempena pengorbanan ini, kita patut insaf dan sedar dimana bertapa jauhnya kita jika dibandingkan dengan  umat-umat terdahulu. Sempena Aidiadha tahun ini, tokey kepada warung (tempat pot uratketing group) telah membuat satu majlis tahlil kesyukuran. Sempena dengan majlis tersebut, geng2 uratketing dijemput untuk bersama membaca tahlil dan menjamu selera. Uratketing amat berbangga dan berterima kasih di atas jemputan tersebut. Ini dapat diterjemahkan dengan kehadiran pakar logistik uratketing (Bro Murad), Pakar pemakanan dan kesihatan uratketing (Bro Rizal), dan Pakar technical (majoring chain lubricant technology) Bro Matnoq Singerey. Selain daripada orang kuat uratketing, ahli-ahli lain juga turut sama menghadiri majlis tersebut selain tugas sampingan menghabiskan semua makanan yang tersadai.

Pakar Logistik dan kelengkapan (Bro Murad - baju biru) juga hadir sebagai pembaca doa dan merangkap yang mengimamkan majlis. (Bro MadNoq-baju merah), pakar rantai orang no satu dapat makan, padahal masa baca doa dok kat luar...heeee

 
Nasi tambah lagi tuuuuu......imam masjid relau (Bro MadNoq-baju merah)


Dua pakar uratketing sedang berbincang halatuju dan visi uratketing..... sambil itu cikgu telah diberikan tunjuk ajar dan diperturunkan ilmu kayuh panjat bukit.



SEMOGA MAJLIS INI MENDAPAT KEREDHAN ALLAH.

No comments:

Post a Comment