Monday, 18 January 2010

Kayuhan Perasmian Logo dan pencarian Maskot


Monday, 18 Jan 2010

Syukur Ke hadirat Ilahi kerana dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik, moga dengan nikmat ini dapat digunakan untuk menghambakan diri kepada Allah sepenuhnya dengan tawaduk dan kesyukuran. Berkat dengan nikmat ini dan ditambahkan dengan usaha oleh hambanya maka berlakulah aktiviti ini.

Setelah melalui proses perbincangan dan bertukar-tukar idea, maka terhasilah suatu logo secara rasminya. Secara simboliknya logo ini telah di rasmikan oleh Bro Pak Aad dalam satu majlis yang tidak formal di markas uratketing (Segitiga Emas PAK YEH- PON- KAMAL BURGER). Di majlis tersebut Bro MadNOq Singerey disokong oleh Bro Rizal Susanto dan Bro Murad Lopez mencadangkan satu cadangan supaya diadakan satu kayuhan rasmi sempena perasmian logo tersebut. Selaku senior dalam group uratketing, Bro MadNoq menyarankan supaya aktiviti ini boleh dijadikan contoh untuk remaja yang tktau nak buat apa, yang berumur sakit lutut pun boleh join, bagi membentuk generasi yang sihat. Oleh itu sempena kayuhan ini, Bro MadNoq telah bersedia untuk jadik marsyal traffic.

Ahad, 17 januari 2010, tepat jam 7.30 pagi, kayuhan tersebut dimulakan, dan dirasmikan oleh Bro Murad Lopez (Otai MTB UKMTBC). Bro Murad telah berjaya melakukan kayuhan meregang urat dan menyengal tulang belakang sejauh 10km pertama. Kayuhan kali ini sejauh 40 km melalui bukit, ladang kelapa sawit, denai, kampong, dan merentasi sungai. Sepanjang kayuhan, kelihatan semua riders uratketing bersemangat dan berkayuh dengan gaya tersendiri. Alhamdulillah semua perancangan ini telah dapat dilaksanakan dengan jaya dan selamat. Bersyukur ke hadirat Illahi dengan izinnya dan limpahnya dapat melaksanakan kayuhan ini dengan sempurna.


Bro Murad dan Bro Zul....di garisan permulaan...atas pagar hujung sana tu..Bro Ramli..(ilmu tinggi melamapau, seblum kayuh kaki tak boleh pijak bumi)



Bro Murad melakukan kayuhan perasmian.....


Kayuhan oleh riders uratketing....



Offroad.....memecut untuk sarapan di CP 1


Laluan offroad....ladang nyo sawit..


Di CP1...rehat sambil pekena asap...


Masing2 dok menunggu chief perasmian yang tak sampai2 lagi



Tuuuu Diaaaa...baru sampai....


Laluan untuk ke CP2.....Grand Canyon Malaysia


Perjalan bermula


Merentasi bukit ladang getah...cuaca pagi memang nyaman...


Bro Joe...memecut ala2 fucando


Cikgu mengekori dengan rapat....B2B


Last......yang  nyawa2 ikan tadi dok kejarrrrr......kejar BRO j


Pancat Brooooo.......alasan tayar terlebih angin


Penyelamat.....marshal of Fucando...Bro MadNoq......muncul untuk menyelamatkan Bro Murad (tagteam gusti zaman 60an dulu)


Ambil gas jap....setelah memecut sakan


Bro Ramli..terddudok...tak cukop gas.


Kelajuan purata semasa berkayuh di atas jalan raya (roadie)


Bro Aan Comando dan Bro Rahim Piloto...beraksi untuk majalah Mangga.


Layan trek sempoiii.....


View cantik.....saje tenang jiwa


Ketua samseng yang P.Ramle cari dalam movie classic


berhenti di CP2...pekena kopi janda....bukan nak mengoda....


Raja Telor.......favourite meal telor separuh masak, madu tebuan, Gambir sarawak..


sarapan pagi dgn rokok jeeee....


Bro Ramli kepenatann...tak lalu nak sarapan


Meneruskan perjalan ke destinasi CP3..


Tersesat pulak dahhhhhh...


Nung Myanmar...sblah kiri tu Danok....nak pi mana satu...


teruskan je......cikgu lan lead....(pakar jejak laluan)


Bro Commando.....memecut.


Layan downhilll....


Bro Aan....


Akhirnyaaa......jumpalah mascot yang dicari dalam kayuhan ini.....


Sempat bergambar dengan targeted....


Kayuhan microwave........bahaya niiii


Kepenatan berehat...Bro Ramli dengan senaman helang cari udang dalam tasik batu kawan


Pening kepala....jalan tak jumpa2 lagiii...


Redah sungai janji sampai destinasi...


Haaaaa........galang bercabang pun kene masuk sungai...


Buaya Darat.........


Haaa......pikul bang Bro Man FireCracker


Bro Comando memang cekap dalm bab2 menyusup celah2 hutan.


Tanggunglah akhirnya...


Masing2 dok menolok gerek....


Bro kamalrulz...pun kene pikul......heeeee


Akhirnya...ke CP 4.....meneuju bukit pulak tu.....pengsan dohhh


Tersembam masa pikul gerek....darah putih tuuuu....


dah nak sampaiiiii......


Untuk gambar kalender tahun 2095...


Untuk gambor iklan slipar Crocs pasar malam


terdudok Bro Comando kita......takleh nak cakap apa dahhhh


Akhirnya....selamat sampai ke Destinasi terakhir (CP4)


Beginilah gerekku sayang...jadik macam belacan...
 

No comments:

Post a Comment