Impian menjadi kenyataan,...itulah ungkapan yang mungkin dapat dikatakan oleh riders dari uratketing MTB group. Tidak pernah termimpi pencapaian yang boleh sampai ke tahap yang membanggakan. Empat riders dari Uratketing MTB group telah berjaya mengharungi cabaran berbasikal bukit di peringkat antarabangsa. Hasil usaha serta kerjasama yang erat dalam kumpulan dan tidak lupa Pencipta telah terbalas dan membuktikan segala usaha yang murni akan menghasilkan keputusan yang cemerlang disamping impak yang amat besar kepada kumpulan. Dalam Jamboree kali ini, bintang yang selama ini menyepi dari kayuhan, telah membuat satu kejutan. Bro Zul Armstrong telah berjaya melengkapkan kayuhan yang dengan bergaya, dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok riders yang berjaya menamatkan semua CP's. Kayuhan yang amat bertenaga itu memberikan motivasi kepada riders uratketing yang lain untuk mengharungi kayuhan sejauh 50 km. Trail yang boleh dikatakan mencabar mental dan tenaga setiap pesert. Turut berkongsi kejayaan ini ialah Bro Joe Fisher dan Bro Ramly Lappiere. Ketiga-tiga riders ini berjaya membuat break away di km ke-5, setelah ramai riders lain tersangkut dalam kesesakan. Bro Joe amat berani membuat satu teknik kayuhan yang amat berlainan.(ntah belajaor dari mana---kayuhan mendaki sambil berdiri sepanjang laluan pendakian). Bro Ramly tak kurang juga hebat,...kerana berjaya melakukan kayuhan tanpa berhenti merokok (smoking pit stop).....Dalam Jamboree ini, Bro Joe Fisher layak ditabalkan sebagai Raja Rangkak (kerana merangkak naik bukit.....tak larat Broooo). Bro Zul Armstrong layak ditabalkan sebagai Raja Pecut dan pakar bahasa inggeris. Apapun kami bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesihatan yang baik dan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik beserta sepanjang kami berada di sana.
Secara keseluruhan, Jamboree kali ini amat meriah dan cukup bermakna kepada group uratketing MTB. Kenangan manis ini mungkin menjadi satu ingatan yang sukar dilupakan. Banyak kenangan yang dapat di abadikan untuk masa akan datang. Bermula erti persahabatan, dipertengahan erti kehidupan dan diakhirnya erti kejayaan sebenar.
Perjalanan bermula dari Tol sg. Dua Bertam
Marshall...Bro Megat gerek gunung, orang kuat Malaysia untuk Jamboree Hatyai
Mencari ketenagan dan fokus untuk kayuhan kali ini....
Suasana kesesakan di sempadan Malaysia- Thailand...masing2 tak sabar nk berkayuh..
Semua riders dari Malaysia berkumpul di Sadao untuk sambutan oleh Penganjur Jamboree Hatyai
Brutallllll....tapi jiwa ada bunga....cakap cam Roy gila2 remaja.
Wecome to Thailand....Sawadikapppppp.....
(dari kanan..Bro Zul kacamata atas kepala...chenge...., Bro Jo, topi koboi...cam orang siam betoi, Bro Ramly, gaya seorang tokey kedai curut)
Berkumpul untuk diarak ke Hatyai ....
Diarak oleh Polis Thailand....
Sambutan di padang Hatyai...majlis bersama riders dari Thailand..
Berkumppul depan hotel untuk kayuhan pecah lemak pagi...buang toksid dalam badan.
Kayuhan pecah lemak disekitar pekan Hatyai
Bro Zul Armstrong membuat break away......
Pecutan oleh bro Zul....
Bro Ramly berjaya menangkap bro zul untuk menarik peloton ke hadapan..
Harapan uratketing MTB untuk kejayaan peringkat antarabangsa.
Susana di permulaan untuk memulakan kayuhan...masing2 berbincang strategi..
Iskh...iskh...iskh..iskh...Hebatttttttttttt.....
Menempatkan diri di barisan depan untuk permulaan kayuhan.
Susana di garisan permulaan...masing2 berebut nak start dulu..
Apa sudah jadikkk...tak larat kayuh...naik Pick-up lol...
Suasana cukup meriah...rasa cam JOM Heboh...heboh..
Ni lahh...gerek ku dah jadik cam soya bean
Gerai untuk membeli barangan cenderahati dari Hatyai
Bro Ramly...berjaya sampai ke garisan penamat....cayolahhhhhh
Kayuhan untuk mengucapkan Bon Voyage kepada pekan Hatyai...
Perjalanan keseluruhan mengambil masa 3 jam 25 minit 56 saat
Segala coretan ini adalah sekadar gurauan untuk mengimbau kenanagn sepanjang perjalanan jamboree tersebut. Jika terdapat sebarang keraguan dan kelemahan, anggaplah itu merupakan kelemahan dan kedangkalan penulis. Segala tulisan ini adalah mainan tanggan menekan keyboard. tidak ada hubungkait dan hina nsita atau sindiran kepada mana2 pihak. Jika terdapat perkaitan, maka anggplah itu sebagai co-incident.
Akhir kata, terima kasih kepada Bro Megat, yang banyak membantu dalam memudahkan proses penguruasan kami...
Akhir sekali sega
No comments:
Post a Comment