Thursday 2 September 2010

Kemerdekaan diambang pertengahan Ramadhan

Salam
Ketentuan yang memang manusia tak  mampu utk merancang...hanya Allah sahaja yang tahu akan segala hal. Kemerdekaan yang memberikan satu maksud yang amat luas,..tambahan pula di pertenggahan Ramadhan. Merdeka dalam erti kata Negara...tetapi dalam masa yang sama merdekakan  jiwa dan zahir secara pukal. Sukar untuk faham...tapi itulah sebenarnya yang mengkin tersirat dalam kehidupan sebenar.

 Suasana sepanjang perjalanan majlis Uratketing bersama ahli-ahli dan keluarga menjamu


Tazkirah Ramadhan...

Alhamdullilah sempena Ramadhan kali ini,..satu majlis kesyukuran dan ukhwah kemerdekaan telah diadakan oleh team uratketing MTB.  Walaupun tidak melambangkan satu kemahsyuran tetapi cukup untuk merapatkan ukhwah dan mengibarkan sayap kesyukuran terhadap anugerah Ilahi. Dalam majlis  yang penuh kesederhanaan...dan keinsafan ini terserlah satu semangat kekeluargaan yang sukar untuk ditagih dan mungkin memerlukan perjalanan yang panjang untuk menemui semula.. Majlis ini diadakan selepas selesai solat terawih..dan menantikan detik ambang merdeka. Doa dipanjatkan kehadirat Ilahi..kerana memberikan nikmat merdeka dan nikmat di bulan ramadhan. Kalau semangat inilah dijadikan ukuran kepada kecintaan kemerdekaan ,..eloklah rasanya semadikan semangat ini dalam sanubari. Bapak-bapak....anak-anak....abang-abang bergandingan menyiapkan kerang....untuk bergandingan merasa nikmat.

 Kegembiraan dan keseronokan Bapak-bapak mithali..dan ahli dikongsi bersama..

Semoga hari baik...bulan baik...ini..sama2 kita bermaafan dan merayakan dengan keredhaan.



SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN 
dari 

URATKETING MTB
 

No comments:

Post a Comment