Monday 14 June 2010

2010 International Hatyai MTB jamboree---Dream Become Reality

Monday.
Impian menjadi kenyataan,...itulah ungkapan yang mungkin dapat dikatakan oleh riders dari uratketing MTB group. Tidak pernah termimpi pencapaian yang boleh sampai ke tahap yang membanggakan. Empat riders dari Uratketing MTB group telah berjaya mengharungi cabaran berbasikal bukit di peringkat antarabangsa. Hasil usaha serta kerjasama yang erat dalam kumpulan dan tidak lupa Pencipta  telah terbalas dan membuktikan segala usaha yang murni akan menghasilkan keputusan yang cemerlang disamping impak yang amat besar kepada kumpulan. Dalam Jamboree kali ini, bintang yang selama ini menyepi dari kayuhan, telah membuat satu kejutan. Bro Zul Armstrong telah berjaya melengkapkan kayuhan yang dengan bergaya, dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok riders yang berjaya menamatkan semua CP's. Kayuhan yang amat bertenaga itu memberikan motivasi kepada riders uratketing yang lain untuk mengharungi kayuhan sejauh 50 km. Trail yang boleh dikatakan mencabar mental dan tenaga setiap pesert. Turut berkongsi kejayaan ini ialah Bro Joe Fisher dan Bro Ramly Lappiere. Ketiga-tiga riders ini berjaya membuat break away di km ke-5, setelah ramai riders lain tersangkut dalam kesesakan. Bro Joe amat berani membuat satu teknik kayuhan yang amat berlainan.(ntah belajaor dari mana---kayuhan mendaki sambil berdiri sepanjang laluan pendakian). Bro Ramly tak kurang juga hebat,...kerana berjaya melakukan kayuhan tanpa berhenti merokok (smoking pit stop).....Dalam Jamboree ini, Bro Joe Fisher layak ditabalkan sebagai Raja Rangkak (kerana merangkak naik bukit.....tak larat Broooo). Bro Zul Armstrong layak ditabalkan sebagai Raja Pecut  dan pakar bahasa inggeris. Apapun kami bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesihatan yang baik dan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik beserta sepanjang kami berada di sana.

Secara keseluruhan, Jamboree kali ini amat meriah dan cukup bermakna kepada group uratketing MTB. Kenangan manis ini mungkin menjadi satu ingatan yang sukar dilupakan. Banyak kenangan yang dapat di abadikan untuk masa akan datang. Bermula erti persahabatan, dipertengahan erti kehidupan dan diakhirnya erti kejayaan sebenar.

Perjalanan bermula dari Tol sg. Dua Bertam

Marshall...Bro Megat gerek gunung, orang kuat Malaysia untuk Jamboree Hatyai

Mencari ketenagan dan fokus untuk kayuhan kali ini....

Suasana kesesakan di sempadan Malaysia- Thailand...masing2 tak sabar nk berkayuh..

Semua riders dari Malaysia berkumpul di Sadao untuk sambutan oleh Penganjur Jamboree Hatyai

Brutallllll....tapi jiwa ada bunga....cakap cam Roy gila2 remaja.

Wecome to Thailand....Sawadikapppppp.....
(dari kanan..Bro Zul kacamata atas kepala...chenge...., Bro Jo, topi koboi...cam orang siam betoi, Bro Ramly, gaya seorang tokey kedai curut)

Berkumpul untuk diarak ke Hatyai ....

Diarak oleh Polis Thailand....

Sambutan di padang Hatyai...majlis bersama riders dari Thailand..

Berkumppul depan hotel untuk kayuhan pecah lemak pagi...buang toksid dalam badan.

Kayuhan pecah lemak disekitar pekan Hatyai

Bro Zul Armstrong membuat break away......

Pecutan oleh bro Zul....

Bro Ramly berjaya menangkap bro zul untuk menarik peloton ke hadapan..

Harapan uratketing MTB untuk kejayaan peringkat antarabangsa.

Susana di permulaan untuk memulakan kayuhan...masing2 berbincang strategi..

Iskh...iskh...iskh..iskh...Hebatttttttttttt.....

Menempatkan diri di barisan depan untuk permulaan kayuhan.

Susana di garisan permulaan...masing2 berebut nak start dulu..

Apa sudah jadikkk...tak larat kayuh...naik Pick-up lol...

Suasana cukup meriah...rasa cam JOM Heboh...heboh..

Ni lahh...gerek ku dah jadik cam soya bean

Gerai untuk membeli barangan cenderahati dari Hatyai

Bro Ramly...berjaya sampai ke garisan penamat....cayolahhhhhh

Kayuhan untuk mengucapkan Bon Voyage kepada pekan Hatyai...

Perjalanan keseluruhan mengambil masa 3 jam 25 minit 56 saat


Segala coretan ini adalah sekadar gurauan untuk mengimbau kenanagn sepanjang perjalanan jamboree tersebut. Jika terdapat sebarang keraguan dan kelemahan, anggaplah itu merupakan kelemahan dan kedangkalan penulis. Segala tulisan ini adalah mainan tanggan menekan keyboard. tidak ada hubungkait dan hina nsita atau sindiran kepada mana2 pihak. Jika terdapat perkaitan, maka anggplah itu sebagai co-incident.

Akhir kata, terima kasih kepada Bro Megat, yang banyak membantu dalam memudahkan proses penguruasan kami...

Akhir sekali sega
   

Sunday 6 June 2010

Jamboree Ipoh- Keseronokan layan Trail

Uratketing Group MTB





Saturday 5 Jun 2010,

May be it's too late to comment, tetapi takda pilihan terpaksa memberi fokus kepada yang terpaksa diutamakan. For me..there is no word "too late in our dictionary" as long we keep it all the sweat memories in our heart. Just to share with the world...it's take time to think.....rethink....n thinking...n thinking....blaaaa...blaaaa. Bef that....sorry for the curious view, but i have to say for the future event and organization. Bab kata pepatah pujangga orang bukina faso,,,,,, Forget about grammar  but the idea is there....jamboree kali ini mungkin  memberikan ruang kepada riders untuk menilai atau membandingkan secara total peningkatan penganjuran dari masa ke semasa an may be...in future. Yang baik boleh dijadikan teladan dan yang mungkin kurang berkenan di hati jadikan sempadan. Keseluruhan perjalanan penganjuran nampak elok dan baik.  Trail yang cantik dan memberikan cabaran yang betul2 bermakna kepada almost all riders. Berbekalkan hebahan dalam radio sinar  FM, participants cecah angka ribuan jangkaannya amat meriah dan mempersonakan. Sebenarnya inilah intipati kepada jamboree, meriah berkumpul bersama komuniti MTB dari serata pelusuk tanah air, tak kira bangsa, jantina dan usia. Yang menguji kekuatan adalah satu bonus kepada golongan tersebut, tetapi yang kurang bertenaga, hanya ingin menumpang kegembiraan dan memeriahkan suasana. Alangkah seronok kalau....kalau....kalau jamboree ini dapat dimeriahkan dengan suasan yang lebih ceria lagi. Sekadar personal view, Kali ini, jamboree nampak suram dan humble (mungkin  ada sesuatu masalah dipertenggahan pengurusan or ....tak tau yang berlaku...or technical error), dan signage for direction tak berapa nk cemerlang...just enough for minimum requirement.  Dan yang tersesat n ter"short cut".....kira halal la noooo.. Abang Scrambler....wa pun manyak letih loooo.....
salam...jgn simpan dalam hati kalau terkasar....just throw idea based on sembang2 nge riders lain n sendiri nye experience. Alangkah cantiknya kalau..abang2 check point blh tlg, kengkawan yang cramp dengan spray sikit....tp nk wak camane....spray takde bro.....Sorry kalau terkasar pandangan.

Sekadar kenangan untuk uratketing group MTB... 
Kenagan untuk semua

Setelah gagal mendapatkan bilik hotel budget...ini lah akibatnyeeeeee

Apapun.....yang ni jangan lupa

Persiapan pagiii,,,,
Rileks Bro,,,,...ada basikal.....tenggok jelaaaa
Orang harapan UK MTB
,