Friday, 7 December 2012



Salam……
Ketemu, lagi yak…..setelah sengal2..sakit badan2..otot regang makin mereda. Kepala makin hilang pening dan mata dah hampir kembali nak segar…
Kayuh lasak…dan sinonim dengan scenario yang kita  jumpa cam baru2 ni.Tolak…kayuh….tolak…tolaak..tolakkkk…..jerit sikit…Bro…rider….lalu tepi sikit..dan macam2 lagi lah.

ICON keamanan Uratketing MTB
 
Kali ini aku rasa amat tak larat nak habiskan sepenuh trek, maklumlah…lama tak kayuh, ku gagahkan jugak memandangkan nak patah balik sama jauh dengan ikut laluan sebenar. Hujan hari sebelum bermula kayuhan  menyebabkan track licin…tapi bab downhill….pergh…marvellous…sempoi mat.
Kali ni, kawan2 tak ramai pergi…maklumlah cuti sekolah…rantai besar sikit kat kaki. Terpaksa bergerak secara duo. Bro Tuah cam biasa, onak duri biasa dirempuh..tak seperti Bro CHOP GIANT. Rantai berlingkar merentangi kaki..dan peha. Tangan bergari diusung ke sana sini. Tenggelam tanpa punca. Bro Chop dah tinggal nama, baju dan seluar berlipat dalam almari. Alasan demi alas an dok cerita kat kami..tapi Paktam tu idola  rupanya. Pak Tam…hang dah tua…kudrat dah merundum…tapi dok gagahi jugak. Tak guna bro berkayuh sampai ke pagi..tapi dengar nama kayuh lasak..awai2 tarik diri.







Tahun makin berlari nak mengubah umur, kudrat dah hampir tinggal separuh. Lepas ni kayuh jamboree ringkas2 dah…rasa cam tak larat dah nak merempuh ranau berduri macam duri durian. Kalu boleh kayuhan lepas ni PakTam dan Bro Chop…kita bg yang ringkas2 ja…dari masjid simpang ampat ke pasaraya 800. Ada satu flyover ja…nak kena rempuh. Tak larat jugak ceritanya…kayuh dari pasar ke dewan orang ramai dah. Letih2 kita kayuh roti canai..kat nasmir. Pastu hello kat isteri mintak tolong ambik….haaaaaaa



Suasana sebelum flagg off



Organizer kot...



Masing2...bersedia untuk lakukan kayuhan memaksa badan.....


Ok...jgn marah sahabt2..bergurau senda hilangkan penat lelah...
jumpa lagi semua..

Lama tak pekena Teh Tarik kat sharifah...
bila pulak nak set ...minum sekali ni...



Chaowwww.......

Wednesday, 21 November 2012

Salam sume


Wallpaper of the year

Alahamdulillah bersua kali ini di alam maya. Masa berlari makin pantas, tahun sudah mula nak berubah…dari naga kepada arnab, dari ayam kepada tikus. Diary kayuhan seperti biasa, kekadang menyembah…dan adakala memuncak. Sume agak sepi, mungkin kesibukan jadual harian…dan tugasan hakiki atau mungkin perancangan untuk bawak anak2 cuti ke mana2 destinasi . Musim ini, durian pun pandai berbuah, inikan pula lelaki berjenama abah. Anak2 setiap hari dok Tanya, mana mau p….MAMA pulak kata p mana2 pun mau….dan macam-macam lagi laaa… , yang best nya……..MAMA nye…lerrrr……rengyih…sat2…ekor mata dok…jelling tarik..cam kopi tarik…lerrr…Heeeee.










Sunyi....sepi

Denai cinta...untuk jejaka sepi Bro Chop



Saat bahagia..datang sekejap...saja



Apapun, kayuhan senaman untuk kesihatan perlu berlangsung cam biasa. Keluarga jangan dilupakan. Yang paling penting ALLAH sentiasa di hati. Sempena cuti sekolah ni, banyak perkara yang bukan2 main kat minda. Banyak jamboree terpaksa dikeluarkan date dari minda. Kudrat satu hal, tak sempat nak toleh event terdekat, maka berehatlah…dulu utk, sementara waktu dari kesibukan jamboree. Seperti biasa Bro…Tuah, Sihar, Chop, Faizul..ada apa2 ..calling-caling lah…..Kalu takut, syiling berdeting, guna-gunalah VIBER….or any software, yang free call…hiiiii…Lama tak kayuh…rindu gak bro..


huarghhhhhhhhhhhhhhhh



 
Terlupa ke dekat Abg Masgut…Camana kesihatan beliau sekarang, Senang2, kita pergi jengguk sahabat kita. Takpun, bertanya khabar melalui talian..mungkin kehadiran sahabt menjengguk,…menjadi penawar dikala boring dok kat rumah. InsyAllah ada kelapangan jengguk2,,lah..ye.




Ok…cite lagi… Chow..lol

Sunday, 18 November 2012



Salam,

18 Nov 2012,

Bro Ram dari Uratketing, tergelincir dari landasan
Lama menyepi di arena maya,   minda segelintir hampir memadam nama uratketing di arena basikal gunung. Penyepian ini bukannya memadam semangat untuk melaksanakan kayuhan tapi  tempoh merendamkan trend graph yang memuncak. Tempoh sebegini dikaitkan dengan PERTAPAAN jika diarena persilatan, mungkin boleh dikaitkan perkara yang sama bagi group uratketing. Cuma membuahkan hasil yang berbeaza secara fizikal nyata. Jika arena persilatan, hasilnya badan kurus cengkung tak cukup makan, tapi bagi uratketing, pertapaan ini banyak memberikan transformasi diri. Kalau dulu umpama menimun, sekaran dah jadi tembikai, kalau dulu umpama tembikai, sekarang dah jadi limau bali. Kulit perut dah keras, tebal dah jadi kerak bumi…haaaaaaaaaaaaaaaaa.


Bersama kelompok cabaran
Diary pengayuh, tetap berlaku seperti biasa, kadar kayuhan masih serata, kekal menjelajah ke daerah yang berbeza cuma, kesuntukan masa berbicara dalam alam maya ini. Tahun 2012, hampir menutup tirai, lembaran baru akan bermula, InsyaAllah. Kali ini,  harapkan permulaan yang lebih membanggakan.  Harapan untuk perjalanan seterusnya, akan lebih kembali ke tahap seperti mula.



Bro Tuah....msih mengekalkan kayuhan

Pujian untuk BRO CHOPP GIANT, BRO TUAH S-work, BRO SIHAR TREK,…kalian amat hebat. Berpanas berhujan…..berkayuh tanpa perasaan. Kalau dulu, Bro Chop umpama Tembikai, sekarang dah bertukar jadi  Watermeloon.  Bro Tuah, sekarang dah bertukar wajah….dari raja pitam…kepada raja Balik Pulau. Sahabat yang lain, kayuh tetap kayuh….kerja tetap focus. Target kayuh untuk menjaga kesihatan dengan izin Allah.   



Di Garisan permulaan



Meredah belantara



Memulakan pecutan ..


Menyertai kelompok depan pada garisan permulaan


Asian

Perghh

Warghhhhh

Menuju destinasi

Haaaaaa........masing- masing menguji kekuatan

Perarakan untu peserta



Bro Joe,...jejaka istimewa uratketing
  
InsyaAllah, blog akan kembali bersinar menjadi perantara untuk maklumat kita semua.
Ok…chalosssssss…..


Perancangan terdekat




Kayuhan Merentasi Banjaran Titiwangsa

Kayuhan Gunung Jerai

Kayuhan Mengelilingi Pulau



Dec 2012

Nov 2012

Nov 2012