Tuesday 3 November 2009

New Born

Selasa 3 Nov. 2009
Rezeki mencurah kepada Bro Zul Armstrong, kerana bakal dikurniakan cahaya mata yang baru. Oleh itu, tanggungjawab makin berat dan kene berkerja dengan lebih kuat. Buat masa sekarang, Bro Zul terpaksa berehat sementara waktu kerana isterinya dimasukkan ke Hospital. Takpelah tugas seorang ayah sekarang kena jaga anak yang lain, disamping berdiet selama 150 hari....(nasihat orang2 tua). Walaubagaimanapun sempat jugak bapak dulu yang melahirkan zuriat baru (dalam arena MTB jela). Setelah menjual awek kesayangannya Specilized...Bro Zul telah membeli sebuah lagi basikal baru yang lebih berprestasi bersempena prestasinya yang makin meningkat. Dikhabarkan basikal ini dipenuhi dengan komponen Shimano Deore XT..(waaa....budget baru 2010). Mungkin kalu dapat cahaya mata buleh bagi nama Mohd Venzo atau Siti Venzo (ala2 italy gitu....heeee) apapun diucapkan berbanyok2 bersabar kerana menunggu isteri di Hospital......

Frame baru gerek Bro Zul Armstrong.

No comments:

Post a Comment