Monday 28 December 2009

Trek Taiping....Pertembungan Kedangkalan ilmu, kesombongan manusia dan Sikap Syok sendiri

Monday 28 Dis. 2009.

Pujian untuk Penganjur kayuh warisan Taiping...kerana mempunyai fasilities yang hebat, tanda jalan yang amat cemerlang dan makanan yang sedap....Tetapi....amat menyedihkan secarakeseluruhan. 
Bila diperhatikan semula objektif utama sesuatu Jamboree, inilah satu2nya jamboree yang tidak mencapai objektif. Berdasarkan pengamatan suara majoriti peserta, ternyata jamboree kali ini merupakan suatu penghinaan kepada penganjur kerana hampir semua peserta tidak mendoakan kesejahteraan kepada penganjur, sebaliknya tohmahan, cercaan, makian yang menggunung dan mungkin satu perasaan yang tersirat.
Soal trek bukanlah satu pengukuran kepada runggutan, tetapi sikap segelintir penganjur yang sombong, kurang ajar dan berlagak seolah2 peserta merupakan individu yang terlalu mengharapkan hadiah ataupun penganjuran sukan. Perhatikanlah pada objektif asal jamboree...merapatkan hubungan dan silaturahim diantara komuniti MTB disamping menyihatkan badan. Kalau dibandingkan penganjuran jamboree yang lain, walaupun terdapat banyak kelemahan tetapi peserta masih boleh  faham, bertolak ansur dan boleh menganggap perkara biasa, tetapi dalam penganjuran jamboree kali ini, kelemahan itu telah cuba ditelan pada awalnya (semasa pendaftaran...boleh dianggap ni kelemahan biasa) , tetapi ditambah pula dengan sikap segelintir petugas yang menjaga laluan....(bercakap menyindir...sombong, angkuh..dan berlagak)....Inilah punca kepada permasalahan ini. Kalau kita nak berlagak umpma MERAK...jgn salahkan  pemburu yang suka menembak buruan.
Kalau trek teruk, peserta tidak mungkin mempertikaikan keseluruhan, tetapi gabungan semua faktor kedangkalan membezakan trek basikal sepatutnya, kebajikan peserta (seperti air minuman, keselamatan, tak perlu dihuraikan secara detail), kesombongan segelintir petugas, sikap syok sendiri segelintir penganjur menjadikan jamboree kali ini  gagal mencapai objektif.  Perlu difahami peserta memberikan sokongan atas dasar menyokong aktiviti komuniti MTB, tak kira warna kulit dan agama, menghormati sesama yang mempunyai minat yang sama. PESERTA TIDAK MENGHARAPKAN LAYANAN YANG MELAMPAU SEPERTI RAJA,.....tetapi sebagai tetamu yang bertandang untuk beberapa ketika, menjenggok rakan sealiran di taiping, paling lama sampai petang. Sekadar meminta air minuman bukanlah sesuatu permintaan yang amat teruk, jika tak mampu menyediakan, ucaplah kata2 yang bukan menghina peserta. Bayangkanlah seorang Apek..berdiri dibelakang rumah beliau sambil memegang cerek menyediakan air kepada peserta. Ehsan beliau ni telah membantu peserta menghilangkan dahaga.   
Selepas ini dengan bangganya penganjur mungkin berkata"tenggok hebat trek taiping, tak ramai yang dapat finish all CPs..."....
Apapun tahniah kepada penganjur....Try to think proper bef. do an action,

Saya memohon banyak2 maaf atas sekadar memberi pandangan, and may be I'm  not qualifiied to say all this but  as a good friend, say the bad things is better.

Cadangan
belajarlah daripada kesilapan, dan pertingkatkanlah kesopanan dan kesusilaan. 


Start/Finish line....suasana cukup ceria dan seronok,...alangkah elok kalau dapat dikekalkan sehingga penghujung jamboreee.....


Sebelum memulakan jamboree.
  

1 comment:

  1. mna gmbaq yg lain...????
    gmbaq bro murad x nmpak pun...
    hahaha.>>!!!

    ReplyDelete