Monday 26 October 2009

Cubaan ke-2

Sabtu 24 Okt 2009....
Cubaan kedua menakluki bukit tokkun.....kali ni aku bet nge geng2 urat keting. sesape uleh naik tanpa renti, makan ape saja..no limit. tapi air cap rimau rileks bawah pokok pinang tak boleh ..harammmm bro. Setelah cubaan pertama dulu ramai yang terpaksa berhenti-henti paling kurang pun 4 kali...akhirnya baru sampai. Dengaq2 camtu masing2 bawak bekal ubat tenaga, ada telan panadol, ada makan teh tarik tu dia.., ada bekal jagong, dan mcm2 lagi. aku sendiri bekal kurma (cam lance armstrong)..Aku tabik kat Bro Joe fisher, bawak bekal roti (bahasa peneng)..tapi sebenarnya biskut Hwa Tai bergula. katanya gula tu bagi tenaga. Perjalanan tu bermula agak lewat sikit lebih kurang pukul 11, alasan takut perjalanan terganggu (tp sebenornya sume dok pujuk rang rumah...ada pi pasar dulu, ada bawak rang umah p pasar..dan mcm2 lagi). Tepat pukul 11, kami bergerak ke kaki bukit tokkun, dan sampai disana lebih kurang 11.30 pg. Apa lagi..masing2 dgn teknik tersendiri stretching, takut cramp. Kali ni Bro Jo fisher, buat kejutan bawak anoknya..joe fisher jr. uuuuhhhhhh kalu tak dapat naik mampus ooooo...malu brooo. Anak dia ni dah naik sampai puncak. Tekanan buat Bro Zul Armstrong, Bro cikgu Lan Masseuer, dan Bro Ann Nexus. Rombongan seramai 6 orang memulakan cabaran tersebut. Awal permulaan dah rase cam nak cramp...takut bro, takut tak lepas sekali kayuh...Bro Cikgu Lan Masseur mendahului yang lain, diikuti Bro Aan Nexus...steady naik cam takde ape2. Bro Joe rileks sambil menenangkan mental.Bro Zul Armstrong..mengerut muka takut takdapat mengalahkan Bro Aan....


Bro Joe Fisher Jr..sdg mencuba gerek...turbo ke supercharged
Bro. Zul Armstrong renyeh..sembunyikan kerisauan

Masuk je selekoh kedua..aku rasa pinggang dah cam nak patah (padahal malam free..tak kayuh).standby tenaga utk pagi.....tensiooonnnnn, akhirnya aku mengalah, rest 5 minit, sambung balik.....depa gelak..tenggok, takpa. Berkecai harapan nak pekena nasi beriyani kambing nge air bandung susu lebih. sampai je selekoh ke 4, haaaaaa...aku tenggok Bro Zul dah cam nak pitam....muka dah tukaq jadik biru..ala2 incredible hulk...aku dengaq mulut beristigfar bro.....Udah la brooo...bawok2 berehat leeee....nanti buasir baru tau ......akhirnya yahoooooo.......mengalah jugak...... Selekoh seterusnya, Bro Cikgu Lan nge Bro Ann baguihhh   ok sandar kat pokok, bro aan siap hisap rokok lo.....heeeee, Cubaan kedua gagal untk kayuh tanpa henti ke puncak. Walaubagaimanapun Bro Joe Fisher berjaya mengayuh ke puncak tanpa renti...wa tabik bro...Oleh kerana bermurah hati, Bro jo belanja kami semua minum....tq  bro jo.


Luka kesan jatuh semasa downhill....sapu minyak cap kapak je, bagi sejuk dan berangin

Nasib tak berapa baik pada hari tu, walaupun bro Joe Jr berjaya sampai ke atas, tapi semasa downhill, satu accident kecil berlaku...tayar gerek tergelincir dalam alur air ditepi track (offtrack), Beliau terjatuh, Allhamdullillah, luka yang dialami tak teruk dan kategori luka2 kecil. Lepas tu terus hantar ke klinik dan dirawat sebagai pesakit luar..... Akhirnya semua sampai ke atas puncak, dan berjaya menawan bukit tokkun. Target seterusnya...untuk memeperbaiki masa catatan dan kualiti kayuhan..


Persiapan awal dikaki bukit tokkun...pakai no 6.konon nye Roberto Carlos la,..


Bro Cikgu Lan...dok bincang strategi nge orang kuat tokkun..Bro hadi dan Bro Cikgu Mail. belakng nung Bro Aan dok curik-curik dengar


Haaaa...terkendong bro.....nk hisap rokok pun tangan terketaq-ketaq..


Malu bro.....Jo Jr..sampai hampir sama dgn kami sume...masing2 tutup muka malu nak bergambor


Joe Fisher Jr...menghampiri summit....potong Bro Aan...


yeargggg...sampai jugak akhirnye...walaupun separuh nyawa.....


Control penat......buat2 menghayati menara....


Tuuuu dia...sampai2 je keluar balik roti arab sarapan tadi woooo...tanya nama tak jawab ooo


Akhirnya sume selamat sampai...Bro Joe dgn bangganya hisap rokok, Bro Zul dan terkulai layu...Cikgu nk bercakap pun dah tak keluar suara......


Terpadamlah nama Bro Hakim pada pokok pinang itu.....Bro hakim, hang mesti mental tenggok nama hang telah dipotong oleh kami

No comments:

Post a Comment