Tuesday, 27 October 2009

Kembalinya jaguh 60-an

Isnin 26 Okt. 09
Ibarat bulan jatuh ke riba, Kapal selam muncul di muara, taming sari muncul dimuara kota melaka...itulah kata2 yang mampu diucapkan oleh ahli uratketing. Pada petang isnin baru-baru ini, tiba-tiba muncul bro murad dengan basikalnya yang telah lama terperap.Hampir menjadikan susana gamat dan hiba, apabila bro murad dengan basikal putihnya muncul untuk membuat kayuhan semula "comeback" .  Sempat memberikan satu pos azimat, untuk tatapan peminat. Dikhabarkan anak kelahiran Junjung ini, memang hebat dalam arena basikal dulu-dulu, tapi disebabkan tenaganya amat diperlukan kat bendang maka terpaksalah melupakan hasrat tersebut. Suatu ketika dulu beliau adalah juara dalam acara kayuh basikal sambil kedua-dua tangan diangkat ke atas, melalui laluan bendang.. (hero tu dulu bro...pakai gerek lama, galang atas, brake besi mcm taring gajah). Kalu budak2 naik mesti pungkok kene sengget dok celah galang tersebut.  Walaubagaimanapun kualiti kayuhan masih belum hilang, kelajuan kepantasan selekoh masih belum mampu dicabar oleh pencabar terdekat Bro Rizal Susanto dan Bro MadNoq Singerey.

Bro Murad Polkadot..pos istimewa, beraksi dengan kayuhan sebelah kaki.
Bravo Bro Murad..........phewwwwwitttttt....

No comments:

Post a Comment