Saturday, 27 March 2010

Alfatihah- Ketentuan Ilahi.

Saturday, 27 Mac 2010.

Genap setahun Uratketing MTB bersemai sebagai satu komuniti Basikal Bukit, maka terbinalah satu ukhwah persaudaraan dikalangan lapisan generasi, yang pertengahan umur, yang hampir senja, yang baru mencecah usia kematangan insan dan yang baru bertatih. Maka hari ini, jam lebih kurang 6.30 pagi  kami dikejutkan dengan satu ketentuan Allah yang tak mampu umat bergelar manusia meramal dan merubahnya. Kami kehilangan seorang sahabat, yang pada pandangan kami seorang yang cukup budiman dan berperkerti. Mendengar berita sedih ini, kami kelu, tergaman dan seakan tidak percaya, tapi redha dengan ketentuan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang manusia tak mungkin akan faham dan tak mampu untuk faham. Suasana hiba yang bercampur dengan sedih, dan tak mustahil ramai dikalagan ahli UK, menitis airmata. Sebak kehilangan kawan yang cukup baik, dan penyayang. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.
Kami dengan rendah diri memohon kemaafan terhadap keluarga Arwah jika ada terkasar dan perlakuan yang kurang senang pada pandangan umum sepanjang sepanjang hayat Arwah (semasa melawat ketika sakit dan sepanjang berada di hospital). Kami juga berdoa dan memohon moga2 arawah ditempatkan bersama dengan orang2 yang diredhai. Kami juga berdoa agar keluarga arwah khususnya Isteri dan anak2 arwah, tabah menghadapi saat sedih dan hiba ini. Semoga rahmat disebalik ujian ini  memberikan sinar yang lebih bercahaya. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya.

Mohon 1000 kemaafan jika coretan ini mengguris hati mana2 pihak. Sesungguhnya, aku sendiri sebak dan tanpa dsangka linangan air mata bergelinang di pipi. Aku percaya inilah sebenarnya perasaan yang mewakili semua ahli uratketing,

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi sumbangan bagi meringgankan beban serta memudahkan perjalanan segala urusan. Semoga Allah membalas apa yang semua sumbangkan.




Al-Fatihah. untuk Arwah Normizan bin Md Yusof. 

No comments:

Post a Comment