Monday, 5 April 2010

Melerai kesedihan...kayuhan keinsafan

Sunday, 4 April 2010.

Salam semua..
Sukar untuk berbicara soal kehidupan, kadangkala perkara yang hakikat terbawa2 dalam soal emosi. Itulah sebenarnya nikmat yang Allah kurniakan untuk manusia..kekadang insan kerdil ni terlupa dan terlalai dengan segala nikmat tersebut dan hampir berbangga diri dengan apa yang dianugerahkan.
Alhamdulillah syukur kehadiratMU..dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga meluangkan masa setelah tidak berkesempatan utk menjenggok blog bahkan online pun tak sempat. Pada petang minggu ini, diizikan Allah untuk berkumpul dan memulakan kayuhan keinsafan. Kayuhkan bermatlamatkan riadah kerana Allah..untuk menjaga kecergasan asbab kayuhan. Petang yang dingin, cuaca tersenyum seolah2 mengalu-alukan kayuhan kali ini. Kayuhan berkumpulan kali ini disertai seramai 6 orang diketuai Ustaz Ramly, Pemandu arah Bro Joe Fisher, Pencatat masa Cikgu Lan, Pakar bukit Bro Rahim dan Bro Faisal, Raja Rileks  Bro Lan Merida diikuti oleh aku sendiri. Kayuhan yang penuh santai dan membelah angin. Perjalan mengambil masa keseluruhan 1 jam 45 minit dengan jarak perjalan sejauh 28km yang terdiri daripada bukit dan jalan raya. Alhamdulillah kayauhan yang cukup menginsafkan dan amat bermakna. Semua berjaya mengharugi kayuhan kali ini dengan selamat dan jaya...

Penantian satu penyiksaan.....berkumpul sementara menunggu yang lain (baju merah pakai sandal tu...cuti, sakit bisol)

Jejaka Malaya (bro Joe-dulu guitarist kumpulan POPOdom, Baju putih...jejaka idaman Semenanjung)

Disiplin bro....dulu cikgu sekolah pesan, kayuh gerek mesti beratur

cuaca memang melambai kayuhan kali ini.

Berjaya ke Destinasi.....

No comments:

Post a Comment