Sunday, 25 April 2010

Cuaca mencabar kesabaran

Sunday 25 April 2010.

Pertindihan tarikh kayuhan dengan tarikh pengundian di Hulu Selangor menjadikan suasana dan topik perbincangan semasa rehat kayuhan lebih rancak. Politik Malaysia sekarang amat busuk dengan karektor2 yang diujudkan. Perjuangan yang berkepentingan individu, budaya fitnah yang menular, memperbodohkan rakyat dan bervisikan membantu rakyat tetapi semuanya adalah pembohongan yang penuh berlapik. tak perlu komen banyak2...hati masing, sendiri punya iktikad..Itulah sebenarnya sekelumit perkara yang disembang sepanjang rehat kayuhan. Dalam kepenatan dek bahang cuaca yang boleh dianggap keterlaluan tetapi penuh hikmah yang mana hanya Yang Maha Esa lebih tahu.  Peluh membasahi baju, dan kulit terasa bahang terbakar dek sinaran matahari tapi penuh dengan kepuasan. Kayuhan kali ini bertujuan memupuk semula semangat yang menurun seketika cuma. Kali ini kayuhan disertai oleh 6 ahli, dan semuanya berjaya menamatkan kayuhan tersebut. Kayuhan kali ini memberikan satu perjalanan yang penuh dengan kemesraan. Apapun terima kasih di atas sokogna semua riders dan semoga dipermudahkan oleh Allah untuk aktiviti akan datang.

Permulaan perjalanan..berhati2 di jalanraya

Gabungan lama dan baru....dah lama tak kayuh bersama..terasa cam reunion 

Orang lama...dah lama tak kayuh, akhirnya keluar dari pertapaan

Masih bertenaga.....slow and steady

Remaja jiwa kacau....

take 5......

Menuju puncak, gemilang cahaya......




AKHIRRRRRRnyaaaa.......sampai jugak

bergerak ke destinasi asal.......balik dahhhh.

No comments:

Post a Comment