Friday 5 March 2010

Mini Jamboree Kulim persiapan untuk NORTH RIDE

Friday 5 Mac 2010

Kayuhan di Kulim menjadi medan untuk menguji ketahanan dan kelasakan rider dari Uratketing. Walaupun bukan top 10 menjadi sandaran, tapi sekadar untuk menilai kemampuan badan menempuhi halangan dan kelasakan trek di kayuhan Piala Pengarah PTSB. Alhamdullilah syukur kerana semuawakil uratketing berjaya menamatkan dengan jayanya kayuhan tersebut dan berjaya melengkapkan CP. Sebenarnya kesibukan kerja banyak membataskan kayuhan harian, tetapi itu adalah lumrah kehidupan, hendak 1000 daya taknak 1000 alasan. Dengan berbekalkan tenaga sekankang kera, dan berbekalkan roti gardenia sebagai sarapan...mampu mengayuh dengan baik dan selamat. Sekalung tahniah kepada Bro MadNoq kerana berjaya menghabiskan keseluruhan jarak perjalanan. Satu perkara yang amat memebanggakan uratketing. Bro MadNoq merupakan ikon kepada adik2 yang bersama2 mengayuh ketika itu. Pada usia menghampiri senja, beliau telah mengharungi halangan dengan tabah tanpa jemu. Hasilnya, beliau dikagumi oleh adik2 yang lain atas semangat dan ketabahan yang ditunjukkan. Kepada ahli yang lain SYABAS diucapkan terutama Bro Joe Fisher, Bro Man FireCracker dan Bro Kamalruz kerana berjaya menempatkan diri dalam kelompok 100 peserta yang terawal mencecah garisan penamat
Jutaan terima kasih dan pujian terhadap PENGANJUR kerana berjaya membuatkan majlis ini amat meriah dan bermakna kepada perserta. Sikap seperti ini patut dicontohi. Sebenarnya itulah harapan daripada peserta....bukan kemenagan yang diharapkan tetapi ukhwah dan persahabatan dikalangan komuniti MTB. Semoga perkara yang baik dapat diteruskan....

Persedian awal.....mula2 sampai

Bro MadNoq n Bro Joe...sedang memujuk kuda tunggangan

Tu dia...peserta lain dah ready dok test gerek

Riders harapan

Gambar kenangan......kanan tu....gambar Mentor dan Mentee.

Pacat pun nak tumpang gerek...tapi tak tau nak dok diam asyik dok gigit kaki orang jeeee...

Finally.............finished line...Bro Joe Fisher

Patut d puji........hidaup bermasyarakat.

No. Keramat ....untuk cabutan bertuah

Disiplin........syabasssss

Ayah sape ni......kebulur dah tu........

Kawan lame..........dari perak...

No comments:

Post a Comment