Wednesday 17 March 2010

RUN 10- moment of glory

monday, 15 mac 2010.

Selesai satu episod pembukaan tirai 2010 untuk Jamboree MTB. Kalau diperhatikan kepada penyertaan, sambutan yang diluar jangkaan ini membuktikan pencinta MTB amat komited menyokong sesuatu penganjuran MTB jamboree. Dalam penganjuran kali ini diperhatikan banyak perubahan, pembaharuan dan perintis kepada sesuatu yang akan mendatang. Sudah pasti jutaan pujian dihamburkan kepada penganjur dan kepada para crew yang terlibat. Tidak lupa juga daripada UratKeting SYABAS di atas penganjuran yang cemerlang. Walaubagaimanapun dalam kecemerlangan ini, mungkin beberapa faktor ini perlu dipertimbangkankan untuk diperbaiki atau mungkin cara perlaksanaan boleh dipermudahkan kepada yang lebih baik. Ini adalah pandangan peribadi yang mungkin mewakili segelintir atau majoriti , antaranya...signage yang agak mengundang kepada kekeliruan. Secara umumnya signage cukup lengkap tetapi ada beberapa faktor logistik dan size yang agak mengelirukan riders. sungguhpun ini tidak merencatkan keseluruhan penganjuran tetapi.....jika dipertingkatkan maka lebih cemerlang. Seperkara lagi...sepanjang perjalanan terdapat banyak riders yang kekejangan. Ini mungkin boleh dipertingkatkan kaedah bagaimana untuk memberikan rawatan yang sebaik mungkin. Walaupun begitu...jutaan pujian kepada paramedik yang memberikan rawatan terbaik kepada peserta yang mengalami kecederaan dan macam-macam lagi. Di sini hanyalah perkongsian maklumat sepanjang perjalanan.

Secara keseluruhan penganjuran Jamboree kali in adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik...Semoga banyak yang baik dapat dijadikan sebagai benchmarking kepada jamboree yang lain.
Apapun........RUN 10.....yang terbaik dan cemerlang.
Congratulations to   RUN 10 crews

WELCOME TO PERLIS INDRA KAYANGAN

Suasana pendaftaran...cukup simple n sempoi


Majlis perasap kemenyan......untuk esok pagi.

Majlis membincang strategi kayuhan.....heeeee

Suasana pagi......sebelum ke start/finish line

Yang..yang yot.....jgn bagi malu riders Bro......kelihatan  6 packs. pada perut bro kita...

yerarrrrrhhhhhh...dah nak mula..

Bro Zul terminator dan Bro man  FireCracker

Haaa....Mascot baru UratKeting....

Grrrrrrrrrrr.....grrrrrrrr........

Warghhhhh.........mati lol......galaih gerek..

Pose untuk majalah remaja....Bro Zul Terminator, Bro Mann Firecracker...Bro Lan Merida.

Tolakkkkkk............

Bro Lan dgn gaya Terminator mendongak ke langit...

Sahabat dari perantauan...gambar ini ditujukan kepada keluarga di Malaysia....selamat hari raya

Bro MadNoq Singerey (tenggah). Manager..uratketing. Misai cengei......Bekas SB SPRM


BYeeeeeeee....perlis.

1 comment:

  1. Jika ada saranan penambahbaikan utk next RUN, amat dialu-alukan.

    ReplyDelete