Monday, 26 October 2009

Berbakti mengharap keredhaan ALLAH

Ahad 25 Okt. 09.
Sempena berakhirnya bulan syawal..group uratketing berjaya melaksanakan perancangan yang telah dibuat pada bulan ramadhan dulu. Sebeleum ini pihak uratketing telah merancang untuk  membina laluan motorsikal yang menghala ke Masjid. Laluan ini bertujuan untuk memudahkan para jemaah melalui kawasan berlopak meghala ke parking motor dalam masjid. Hasil daripada kutipan dan sumbangan tenaga serta bantuan khariah masjid, laluan ini dapat disiapkan (terima kasih kepada Pakmat dan beberapa orang yang lain , nama tak berapa ingat ). Projek ini juga dibantu oleh Pak Jefri (tukang simen) untuk menyirat simen bagi nampak cantik. Sehubungan itu juga, geng2 urat keting mengambil kesempatan ini untuk membersihkan kawan sekitar masjid. Sumbangan ini bukan berkehendakkan nama tapi ikhlas. Cuma dalam blog ni saje berkongsi dengan group MTB lain, kalau berkelapangan mungkin xtvt in boleh dijadikan satu agenda untuk dibincang. Sambil2 beriadah, bersosial, berkenalan, mungkin ada terselit gerakan hati untuk memberikan sumbangan kepada rumah Allah. semoga kerja-kerja amal ini mendapat keredhaan Allah.

Sessi awal...Bro Aan dan Anip. membuat laluan..Bro aan bhgian teroka laluan cekap..


Ahli jawatankuasa masjid. Pak Mad dan rakan2


Tu diaaa....juruukur bahan, dah star pegang cangkul....


Hebat Bro Yem nge Bro Zul bagain mencangkul laluan......cam kongsi gelap kene hukum keje kemasyarakatan tuu

waaaa...tarik Bro..

Bro Aan menunjukan kegagahan dia...angkat baling je..

Eikk..belum ape2 dah gagau ayer......

Rest 5 minit...apa lagi gas beracun la jawapnye...

eik melawak lak...OTAI urat keting

Tetiba je muncul gerek klasik....Orang berpengalaman kayuh gerek

Masing dok try bancuh simen....

Yang ni lagi terror....ingat kene tukar nama lo..kepada nama sukiman atau wagiman baru ada gaya indon....

Bro yem dok buat demo camana nak bancuh simen...dulu kerja sbgai kepala kontrek..

eik..cam biasa potong pagar je....teknik muda2 dulu masa pecoh pagar sekolah pi beli rokok, lo ni tunjukk skill la...

Sambil2 orang buat laluan, anak sape pulak ni mandi dalam kolah masjid, jaga2 air tu dalam,
 lemas kalu sapae nak angkat..

Akhirnya keja hampir penghujung, jalan dak nak siap....uhhh

Sambil2 tu jugak ada yang dok bakar kawasan, nasib baik tak terbakar masjid, kalu tak jagelah......

Akirnya laluan dah siap...dan insyaALLAH, harap boleh lama dan sesuai digunakan.
 
Setelah kepenatan...tersandar sat...Baju biru tu bakal imam masjid untuk sembanyang asar..

Setelah selesai...berehat sementar, pekena kuih maruku sponsor by Abang Li BTM


Haaaa....semua kepenatan,


Terakhir saje buat chop uratketing....kenangan semoga jadi satu kata2 azimat untuk ahli uratketing rajin mengunjungi rumah ALLAH

No comments:

Post a Comment