Monday 19 October 2009

MENAWAN BUKIT TOKKUN

Ahad 18 Okt.09- Finally, our mission was completed. Uratketing Team has been at summit of tokkun hill. After 4 months involved in cycling arena, we can stand like other teams.

Persiapan untuk menawan bukit tokkun telah dirancang selama 2 minggu lepas. Idea ini dicernakan oleh orang kuat uratketing, Bro MadNoq and Bro Rizal Susanto. Akhirnya tibalah saat dinanti-nantikan pada ahad 19 okt 09. Seperti biasa, members berkumpul di lorong 10 taman tasek mutiara. Projek ini disertai oleh 8 orang ahli dan yang lain amat sedih kerana tak dapat menyertainya.Kayuhan ini diketuai oleh 2 orang otai yang berpengalaman dalam kayuhan iatu Bro MadNoq Singerey @ Singerato dan Bro Murad Lopez @ Polkadot. Mereka amat berpengalaman dalam menawan bukit, samada bukit 2 puncak atau pun  bukit berpuncak-puncak. Peserta memulakan aktiviti ini dengan cukup teliti dan diiringi oleh doa-doa para isteri.
Lewat pagi ahad, jam 8.30 dimulai dengan doa oleh Al-Fadhil Zul Armstrong. Sejak dari pagi Chief Bro MadNoq banyak memberikan tip-tip untuk mendaki, mengawal pernafasan dan mengawal pergerakan basikal.  Rombongan bertolak dengan menggunakan kereta secara konvoi. Sepanjang perjalanan arahan sering dikeluarkan oleh chief Bro Murad Lopez, agar banyak2 rehat untuk mengawal minda. Untuk pengetahuan Bro MadNoq dan Bro Murad hampir berjaya melakukan kayuhan dari Butterwort ke port swetenham (heee........bkn kt penang, nung Arab sanee.....heeeee).
Sesampai di kawasan berhampiran nge bukit tokkun, kami bersarapan pagi untuk tenaga, dan minda. (Thanx Bro Jo fisher sbb belanja).
Tepat jam 9.30 pagi, kami mula mendaki bukit tokkun dalam satu kumpulan dan diarahkan supaya mana2 yang bertenaga agar meneruskan perjalanan dahulu. Dikesempatan itu, Bro MadNoq mengetuai kumpulan untuk memanjat bukit tersebut. Dikesempatan itu, Bro MadNoq sempat menunjukkan skill pengayuhan bukit, yang dinamakan menjinak unggas liar. Kami kagum dengan skill yang ditunjukkan, apek2 dan nyonya2 ditepi jalan terpegun dan tergaman melihat kepantasan dan kecekapan mengawal basikal oleh Bro MadNoq.. Sepanjang perjalanan tidak ada sebarang kecederaan dan perkara yang tak elok berlaku. Semua peserta berjaya menawan bukit tokkun dengan jaya...Syabas dan Tahniah. Kepuasan mengayuh amat terasa dan teringin untuk kembali lagi menguji kemampuan. Walaubagaimanapun terima kasih kepada Bro MadNoq dan Bro Murad, keran tip-tip yang penuh bermakna dan berguna....Tak caya tanya Bro Aan.
Bukit tokkun dapat ditawan dalam jangka masa yang membanggakan untuk cirst timer cam group kami.

Persiapan awal peserta, berkumpeul, mengaminkan doa dan mendengar amanat dari Chief Bro MadNoq n Bro Murad


Bro Madnoq Singerey memberikan penerangan dan tip2 sambil mengeteh pagi


Penyambut tetamu bukit tokkun..seksi nak mampois tak pakai ape tu,,.......bikin hot lo....


Chief Bro MadNoq (baju petronas0 memberikan kata2 semangat kepada geng2 urat keting...


Semua ahli uratketing bersedia untuk meneruskan cabaran, manakal chief Bro MadNoq mula untuk menunjukkan skil2 mendaki bukit (baju hijau belakang)

Ni jadinya kalu tak dapat menangkap tips yang diarahkan ...Bro Zul Armstrong dah nak pengsan...tak tenggok ke nyonya tu rilek jeeee..
Nyonya jalan kaki boleh overtake bro ramley n Bro Zul....heeeee.malu ehhhhh

OTAI uratketing..rileks jeeee, sekali kayuh je maaa........

Akhirnyaaaaa.........sampai jugak di kemuncak bukit tokkun...Bro Akem hebat mung..kayuh laju nok mampus...

Bukti looooo......kontrol letih.........

Group uratketing bersam mr ong.(saksi kepada peristiwa bersejarh ini)

Orang gagah naik bukit...bergambar dengan pengayuh lain yang regular naik bukit tokkun. (Bro baju biru tu naik 33 minit je..siap pecut lagi)
 
Bro Rahim berjaya jugak sampai ke kemuncaknya...nampok je lama tapi tenaga cam umor 14 oooo....

Selesai pendakian...chief Bro MadNoq dan Bro Murad Berkongsi pengalaman mendaki sambil mengimbau kenangan lama semasa berkayuh dulu.

Geng2 yang sampai lewat...apa lagi bayaq ayor la jawapnye.....

Bro murad Lopez, menunjukkan kaedah bagaimana mengawal pernafasan dalaman semasa mendaki bukit...jangan bernafas ikut hidung, tapi guna anok tengkok untuk kawal pernafasan...

TAHNIAH UNTUK SEMUA...kita jumpa untuk trip akan datang.

No comments:

Post a Comment